Safiq Rahim - Google Blog Search |
| <b>SAFIQ RAHIM</b> CARDIFF CITY GAGAL Posted: 22 Dec 2011 05:20 PM PST Hasrat rakyat Malaysia terutamanya peminat bolasepak tanahair untuk melihat pemain kebangsaan beraksi di'bumi Eropah nampaknya semakin tipis,Safiq Rahim terpaksa mengikut jejak Safee Sali memendamkan hasrat untuk beraksi di'sana ekoran masalah utamanya ialah aspek ranking dan permit kerja menjadi penghalang untuk mereka dibawa beraksi bersama Cardiff City.Persoalannya sampai bilakah pemain Malaysia akan dibelenggu masalah ini? Begitupun sepanjang latihan Safiq Rahim bersama Cardiff City juga mendapat pujian daripada pengurus Cardiff Malky Mackay sepertimana Safee Sali sebelum ini di'atas kesungguhan dan komitmen mereka semasa menjalani latihan.Dan kita sebagai peminat bolasepak tanahair wajar melahirkan rasa bangga terhadap mereka disamping menerima hakikat bahawa perjalanan pemain bolasepak Malaysia masih lagi jauh untuk beraksi di Eropah Apa yang mengembirakan sekarang ini adalah peningkatan Malaysia dalam ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). Dalam senarai terbaharu, skuad bola sepak negara mengakhiri musim 2011 di kedudukan ke-148, naik tujuh anak tangga berbanding bulan lepas. Peningkatan ranking pasukan negara itu adalah hasil daripada beberapa perlawanan persahabatan antarabangsa yang diatur Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sepanjang tahun ini. Peningkatan itu turut dibantu dengan kejayaan meraih pingat emas pada Sukan SEA 2011 di Indonesia, November lalu selain pencapaian cemerlang pada aksi kelayakan Olimpik 2012. Jika momentum cemerlang berterusan, tidak mustahil impian tersebut boleh dicapai dalam tempoh beberapa tahun akan datang.Jika berjaya berada dalam kelompok 70 terbaik, masa depan pemain Malaysia untuk bergelar pemain profesional di bumi Eropah sangat cerah. Malaysia perlu berada dalam kumpulan 70 pasukan terbaik memandangkan peraturan liga Eropah khususnya Liga Perdana England hanya akan membenarkan pemain daripada kalangan negara yang berada dalam kelompok tersebut beraksi dalam liga mereka. Full content generated by Get Full RSS. |
| You are subscribed to email updates from Safiq Rahim - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Safiq Rahim - Google Blog Search
0 ulasan:
Catat Ulasan