Rabu, 18 Januari 2012

Safiq Rahim - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

Safiq Rahim - Google Blog Search


Keputusan Ujian Pemilihan Safee Sali dan <b>Safiq Rahim</b> bersama <b>...</b>

Posted: 18 Jan 2012 12:22 AM PST

Jersi Cardiff Malaysia
Pemilik Cardiff City, TIEN GHEE (kiri) menyampaikan jersi Cardiff City kepada Subahan selepas majlis perasmian 1 Malaysia Cardiff City (1MCC) di Bukit Kiara Equestrian, Kuala Lumpur semalam

SETELAH sekian lama berteka-teki, masa depan dua pemain negara, akhirnya Keputusan Ujian Pemilihan Safee Sali dan Safiq Rahim bersama Cardiff City terjawab semalam.

Meskipun kedua-dua pemain itu dilaporkan berjaya memikat hati pengendali skuad The Bluebirds, Malky Mackay sepanjang menjalani ujian bersama kelab itu sebelum ini, 'jodoh' mereka bersama pasukan tersebut jelas tidak berpanjangan gara-gara faktor usia dan masalah permit kerja.

Begitupun pemilik Cardiff City, Datuk Chan Tien Ghee mahu semua pihak memandang positif perkara itu.

Katanya, tempoh latihan selama dua minggu bersama pasukan itu perlu dilihat sebagai suatu pendedahan yang bagus buat pemain- pemain negara.

Tien Ghee memberitahu, selepas mengenal pasti peraturan-peraturan berhubung isu permit kerja, pihaknya kini lebih bersedia untuk membawa pemain-pemain muda menjalani latihan di sana sebagai pendedahan dan pengalaman kepada pasukan negara.

"Safee (Sali) sendiri pernah menghantar teks kepada saya dengan mengatakan 'bagaikan terbang tinggi ke langit'.

"Apa yang dimaksudkan oleh Safee itu adalah selepas dia menjalani sesi latihan bersama Cardiff (City), dia merasa satu jurang tahap permainan yang begitu berbeza. Saya percaya, pemergian kedua-dua pemain itu ke Cardiff bakal menjadi satu contoh untuk pemain-pemain muda negara yang lain.

"Mereka (Safee dan Safiq) harus berbangga kerana membuka jalan untuk pemain-pemain muda. Pihak Cardiff akan sentiasa berusaha untuk membantu pemain-pemain Malaysia.

"Terserah kepada mereka (untuk memilih hala tuju) sebagai pemain bola sepak profesional dan jika berminat untuk beraksi di luar negara, kami pasti akan membantu," katanya lagi.

Dengan jawapan Thien Ghee itu, peminat bola sepak tempatan kini sudah boleh melupakan hasrat untuk menyaksikan Safee dan Safiq beraksi di kancah saingan bola sepak England. Namun pada masa sama, ilmu yang diperoleh kedua- dua pemain itu sepanjang 'berguru' di England haruslah dilihat dari sudut yang positif.

Sementara itu, Subahan yang turut menyokong pendapat Tien Ghee berkata, langkah itu dilihat sebagai satu platform yang sihat untuk terus melahirkan pemain-pemain negara berbakat. Katanya, selain melihat kerjasama melalui FAM dan Cardiff, ia juga membantu meningkatkan imej pemain bola sepak negara di persada dunia melalui 1MCC.

"Saya percaya selepas ini ramai lagi pemain muda seperti Muhammad Nazmi Faiz Mansor, Khairul Fahmi Che Mat dan Muhammad Fadhli Shas akan menyusul mencuba nasib di liga luar negara, sekali gus memberikan sinar kepada pembangunan bola sepak negara," katanya.-kosmo

Full content generated by Get Full RSS.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Safiq Rahim

Copyright 2010 All Rights Reserved