Safiq Rahim - Google Blog Search |
| Khasiat Lidah Buaya™: Gambar <b>Safiq Rahim</b> di Cardiff City Posted: 06 Dec 2011 05:05 PM PST "DIA berlatih dengan penuh bersemangat!", Itulah reaksi diberi pemilik kelab Cardiff City, Datuk Chan Tien Ghee mengenai tonggak tengah negara yang sedang mengikuti sesi latihan selama tiga minggu bersama kelab berkenaan sejak lebih seminggu lalu. "Safiq kini berlatih dengan skuad utama iaitu bersama pemain seperti Kenny Miller, Robert Earnshaw dan dia (Safiq Rahim) begitu bersungguh-sungguh. Walaupun cuaca di sana agak sejuk sehingga mencecah suhu 3 darjah celsius tapi dia tetap bersemangat setiap kali turun berlatih. "Saya belum mendapat sebarang respon daripada pemain lain mengenai Safiq tapi dia (Safiq Rahim) sama dengan Safee (Sali) juga. Hubungan dia bersama pemain lain tidak ada sebarang masalah dan dia gembira dalam latihan. Mungkin minggu depan kita dapat tahu lebih mengenainya," katanya ketika ditemui pada sidang media kejohanan Bola Sepak Junior RSC, semalam. Respon positif itu mungkin melahirkan rasa gembira kepada penyokong bola sepak negara terutama selepas Safiq Rahim dinobatkan sebagai Pemain Tengah Terbaik pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan FAM-Astro Arena-100Plus 2011, baru-baru ini. Setakat ini, Tien Ghee masih belum menerima sebarang laporan mengenai prestasi Safiq daripada pengurus pasukan, Malky Mackay. "Pengurus pun mahu lihat kemahiran, kecergasan, dan bagaimana mental Safiq. Dia harus memenuhi semua syarat liga dan mutu amat penting untuk bermain di sana," katanya. -BHarian |
| You are subscribed to email updates from Safiq Rahim - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Safiq Rahim - Google Blog Search




0 ulasan:
Catat Ulasan