Safiq Rahim - Google Blog Search |
| Giliran <b>Safiq Rahim</b> Pula Cuba Nasib Dengan Cardiff City | Dulu <b>...</b> Posted: 30 Sep 2011 10:51 PM PDT Selepas, Safee Sali, kini tiba pula giliran Safiq Rahim untuk mencuba nasib dengan kelab bolasepak Wales, Cardiff City.Ketua pasukan Harimau Malaya akan berlepas ke Cardiff bulan ini bagi menjalani ujian percubaan samada beliau layak untuk bermain dengan kelab yang sedang bertarung di Championship League (dulu-dulu Divisyen 2) di England. Menurut Safiq, beliau akan ke sana bersama Safee Sali (yang akan menjalani ujian kali ke dua) dan akan berada di sana selama 3 minggu. Kedua-dua pemain akan diberi peluang secukupnya untuk menarik minat jurulatih Cardiff City sebelum boleh ditawarkan sebarang kontrak oleh kelab yang kini dimiliki oleh ahli perniagaan Malaysia, Datuk Chan Tien Ghee. Sekalipun jika mereka berjaya memikat pengurusan Cardiff, kedua–dua pemain bakal menghadapi isu permit pekerjaan di UK. Pihak imigresen di United Kingdom mensyaratkan pemain yang mahu bermain dengan kelab di negara itu mestilah datang dari negara di ranking 70 terbaik dunia. FAM dikatakan sedang berusaha menghubungi pihak Imigresen di sana bagi mendapatkan kekecualiaan. Namun, buat masa ini – apa yang penting Safee dan Safiq perlu perform semasa berada di sana. Semoga berjaya 2S Malaysia. Malaysia Boleh! - Giliran Safiq Rahim Pula Cuba Nasib Dengan Cardiff City |
| You are subscribed to email updates from Safiq Rahim - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Safiq Rahim - Google Blog Search
0 ulasan:
Catat Ulasan