Isnin, 13 Januari 2014

safiq rahim - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

safiq rahim - Google Blog Search


Giliran <b>Safiq Rahim</b> Pula Cuba Nasib Dengan Cardiff City | Dulu <b>...</b>

Posted: 30 Sep 2011 10:51 PM PDT

Selepas, Safee Sali, kini tiba pula giliran Safiq Rahim untuk mencuba nasib dengan kelab bolasepak Wales, Cardiff City.Ketua pasukan Harimau Malaya akan berlepas ke Cardiff bulan ini bagi menjalani ujian percubaan samada beliau layak untuk bermain dengan kelab yang sedang bertarung di Championship League (dulu-dulu Divisyen 2) di England. Menurut Safiq, beliau akan ke sana bersama Safee Sali (yang akan menjalani ujian kali ke dua) dan akan berada di sana selama 3 minggu.

safiq rahim photo

Gambar kredit kepada malayatigers.com

Kedua-dua pemain akan diberi peluang secukupnya untuk menarik minat jurulatih Cardiff City sebelum boleh ditawarkan sebarang kontrak oleh kelab yang kini dimiliki oleh ahli perniagaan Malaysia, Datuk Chan Tien Ghee.

Sekalipun jika mereka berjaya memikat pengurusan Cardiff, kedua–dua pemain bakal menghadapi isu permit pekerjaan di UK. Pihak imigresen di United Kingdom mensyaratkan pemain yang mahu bermain dengan kelab di negara itu mestilah datang dari negara di ranking 70 terbaik dunia. FAM dikatakan sedang berusaha menghubungi pihak Imigresen di sana bagi mendapatkan kekecualiaan. Namun, buat masa ini – apa yang penting Safee dan Safiq perlu perform semasa berada di sana. Semoga berjaya 2S Malaysia. Malaysia Boleh!

- Giliran Safiq Rahim Pula Cuba Nasib Dengan Cardiff City

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Safiq Rahim

Copyright 2010 All Rights Reserved