Selasa, 4 Oktober 2011

safiq rahim - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

safiq rahim - Google Blog Search


<b>SAFIQ RAHIM</b> KE CARDIFF CITY OKTOBER INI BERSAMA SAFEE <b>...</b>

Posted: 01 Oct 2011 12:06 PM PDT

SAFIQ RAHIM KE CARDIFF CITY OKTOBER INI BERSAMA SAFEE SALI | Bekas kapten skuad bola sepak kebangsaan, Safiq Rahim dijangka menjalani ujian percubaan dengan kelab Liga Kejuaraan, Cardiff City selepas berakhirnya kempen Piala Malaysia Oktober ini. Pemain tengah Selangor berusia 24 tahun itu berkata beliau mendapat tawaran daripada kelab yang mendapat jolokan nama 'Blue Birds' itu pada 26 Ogos lepas.

Sebelum ini, Safee yang kini bermain dengan Kelab Pelita Jaya di Indonesia mencuba nasib dengan menjalani latihan ujian percubaan selama dua minggu dengan kelab yang dimiliki ahli perniagaan Malaysia, Datuk Chan Tien Ghee. Bagaimanapun, hajat penyerang skuad negara itu untuk bermain dalam kelab berkenaan masih menemui jalan buntu ekoran peraturan permit kerja di United Kingdom. Pihak imigresen di United Kingdom mensyaratkan pemain yang mahu bermain dengan kelab di negara itu mestilah datang dari negara di ranking 70 terbaik dunia.

P/S : PELUANG NAMPAK MACAM TERLALU SUKAR DAN MUSTAHIL. RASANYA JIKA KERAJAAN ATAU FAM CAMPUR TANGAN PUN BELUM TENTU DAPAT LAGI. APALAH SALAHNYA JIKA FAM CUBA MENCARI KELAB LAIN DI RANTAU EROPAH YANG MEMPUNYAI LIGA YANG BAIK SERTA MEMBANTU MENINGKATKAN KEMAHIRAN PEMAIN KITA. JIKA DI EPL AMMBOI RASA HANYA POPULARITI JER YANG LEBIH TAPI PERMAINAN MUNGKIN SUSAH UNTUK MENINGKAT.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Safiq Rahim

Copyright 2010 All Rights Reserved