Isnin, 3 Oktober 2011

safiq rahim - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

safiq rahim - Google Blog Search


<b>Safiq Rahim</b> dan Safee Sali akan bersama ke Cardiff City jalani <b>...</b>

Posted: 01 Oct 2011 07:55 PM PDT

safiq rahim dan safee sali Safiq Rahim dan Safee Sali akan bersama ke Cardiff City jalani Ujian Percubaan Oktober ini?Salam hormat,

Kapten skuad bola sepak kebangsaan, Safiq Rahim dijangka akan menyertai Safee Sali menjalani ujian percubaan dengan kelab Liga Kejuaraan, Cardiff City selepas berakhirnya kempen Piala Malaysia Oktober ini setelah mendapat tawaran daripada kelab yang mendapat jolokan nama 'Blue Birds' itu pada 26 Ogos lepas.

Safiq dijangka akan bersama dengan (bekas rakan sepasukan) Safee Sali dan dijangka menjalani ujian percubaan selama tiga minggu di sana. Sebelum ini, Safee yang kini bermain dengan Kelab Pelita Jaya di Indonesia mencuba nasib dengan menjalani latihan ujian percubaan selama dua minggu.

Kedua-dua pemain negara itu yang berkemungkinan mempunyai harapan cerah untuk menyertai pasukan yang dikenali sebagai Bluebirds itu yang berpangkalan di selatan Wales. Pengurus Cardiff, Malky Mackay sebelum ini tertarik dengan gaya permainan Safee selain suka dengan sikapnya yang begitu berdisiplin, rajin dan gigih semasa menjalani latihan bersama pasukan.

Biarpun berdepan isu permit berikutan syarat pihak imigresen di England yang menetapkan, pemain yang mahu bermain dengan kelab di negara itu mestilah datangnya dari negara yang menduduki ranking dunia ke-70 ke atas menjadi penghalang impian besar buat dua pemain harapan negara ini. Namun, pihak Cardiff akan cuba membantu sedaya upaya mencari jalan penyelesaian dan membantu merealisasikan perpindahan sensasi ini (sekiranya Safee dan Safiq berjaya terpilih di dalam skuad Malky) mengikut undang-undang di England.

p/s – Sebagai peminat sukan bolasepak, kita doakan yang terbaik buat Safiq Rahim dan Safee Sali. Jika tak berjaya di Cardiff City, sekurang-kurangnya mereka dapat menimba pengalaman berharga di bumi Eropah. icon wink Safiq Rahim dan Safee Sali akan bersama ke Cardiff City jalani Ujian Percubaan Oktober ini?

Jumlah dibaca :84

Dah baca entri atas, apa kata baca entri bawah nih plak:

  1. Cardiff City tawar Ujian Percubaan buat Safiq Rahim bermain di Liga Kejuaraan
  2. Aksi cemerlang Safee Sali, Malky MacKay berkenan tawar Safee kembali ke Cardiff City
  3. Safee Sali Sah ke Cardiff City selepas dapat Lampu Hijau Pelita Jaya FC
  4. Harapan Safee Sali di Cardiff City..
  5. Safee Sali digelar David Beckham Malaysia di Cardiff City
  6. Peluang Safee Sali bermain di Cardiff City mungkin terjejas?

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Safiq Rahim

Copyright 2010 All Rights Reserved