safiq rahim - Google Blog Search |
| <b>SAFIQ RAHIM</b> KE CARDIFF CITY OKTOBER 2011 | Encik Nakal Posted: 15 Sep 2011 11:38 AM PDT GILIRAN SAFIQ RAHIM JALANI SESI LATIHAN BERSAMA CARDIFF CITY Setelah "David Beckham Malaysia"(Safee Safi) sedang menjalani latihan bersama Cardiff City,diberitakan juga bahawa Safiq Rahim akan menjalani latihan bersama Cardiff City dan akan terbang ke sana pada penghujung Oktober ini ![]() SAFIQ RAHIM KE CARDIFF CITY OKTOBER 2011 Teruja dan mahu cemerlang sebagai pemain Malaysia. Itu azam pemain kebangsaan, Safiq Rahim apabila memperoleh peluang menjalani latihan bersama Cardiff City sama seperti rakan sepasukannya Safee Sali. Safiq berkata, pada penghujung Oktober ini gilirannya pula akan berangkat ke Cardiff City yang berpengkalan di Ninian Park untuk berlatih bersama pasukan Liga Kejuaraan itu. Tambah Safiq, misinya di sana nanti adalah untuk menimba ilmu sebanyak mana yang boleh terutama bagi memantapkan lagi gaya permainannya.
Ketika ini Safiq yang terlibat dalam kempen Piala Malaysia bersama Selangor mahu menumpukan perhatiannya terlebih dahulu dalam semua perlawanan yang bakal ditempuhi skuad merah kuning sebelum berkunjung ke Ninian Park. Safiq juga memberitahu, selain menjalani latihan bersama skuad Bluebirds impiannya juga adalah untuk bersama beraksi dalam pasukan kendalian Malky Mackay itu
|
| You are subscribed to email updates from safiq rahim - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

safiq rahim - Google Blog Search
0 ulasan:
Catat Ulasan