Ahad, 25 September 2011

safiq rahim - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

safiq rahim - Google Blog Search


<b>Safiq Rahim</b> Bakal Ke Cardiff City

Posted: 26 Aug 2011 11:59 AM PDT

Bangganya membaca berita-berita tentang perkembangan bola sepak Malaysia kebelakangan ini. Samada skuad senior mahupun skuad Olimpik, masing-masing menunjukkan satu peningkatan yang sangat posotif. Malah yang lagi best nama-nama pemain kita mula meniti di bibir peminat dan pemerhati bola sepak.

Khabar terbaru mengatakan yang kapten skuad Harimau Malaya menerima tawaran rasmi dari Cardiff City. Oh! sangat teruja dengan berita ini. :)

Di bawah adalah berita asal mengenai hal ini yang Belalang ambil dari akhbar Kosmo-

KAPTEN skuad bola sepak kebangsaan, Safiq Rahim bakal mencipta nama di bumi Eropah. Dia akan mencipta sejarah muncul pemain Malaysia pertama beraksi di saingan Liga Divisyen Dua England, Liga Kejuaraan.

Semalam, pemain tengah Selangor berusia 24 tahun itu telah menerima surat tawaran rasmi daripada Cardiff City untuk menjalani ujian percubaan (trial) selama tiga minggu pada penghujung Oktober depan.

"Saya sangat gembira apabila mendapat peluang keemasan seperti ini. Saya akan cuba melakukan yang terbaik sepanjang ujian percubaan itu nanti.

"Saya telah menerima surat tawaran dan dokumen berkaitan hari ini (semalam). Pada 5 September depan, saya akan mengadakan pertemuan rasmi dengan Datuk Chan Tien Ghee (Pengerusi Cardiff City).

"Insya-Allah kalau ada rezeki dan terpilih, dapatlah saya menyarung jersi Cardiff City pada musim perpindahan Januari nanti," kata Safiq ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Pemain kelahiran Seremban, Negeri Sembilan yang membesar di Kuala Selangor itu turut lega apabila pihak Cardiff City memberi ruang untuknya memberi tumpuan kepada aksi Piala Malaysia terlebih dahulu.

"Mereka (Cardiff City) tidak mahu ganggu tugasan saya bersama Selangor dalam Piala Malaysia. Mereka mahu saya beri tumpuan penuh terhadap saingan itu terlebih dahulu sebelum menghadiri ujian percubaan tersebut.

"Buat masa ini memang saya seorang saja yang diberi tawaran ini tetapi mungkin selepas ini mereka akan tawarkan juga kepada Safee Sali (penyerang Pelita Jaya)," jelas Safiq.

Difahamkan, Cardiff City kendalian pengurus, Malky Mackay terpikat dengan aksi Safiq ketika menyaksikannya beraksi pada perlawanan menentang Liverpool dan Arsenal pada Julai lalu, terutamanya apabila dia menjaringkan gol menerusi sepakan percuma ketika bertemu Liverpool.

Kelmarin, tiga pemain skuad Olimpik negara, Wan Zack Haikal Wan Nor, Irfan Fazail dan Fadhli Shas telah sah bergelar pemain pinjaman kelab Liga Corgon Slovakia, ViOn Zlate Moravce selama dua bulan sehingga awal November depan.

Ia sekali gus membuka lembaran baharu buat pemain-pemain bola sepak negara mengembangkan bakat mereka beraksi di luar negara seperti dicetuskan Safee yang beraksi untuk Pelita Jaya sejak Februari lalu.

Related posts:

  1. Liverpool Puji Safiq & Safee Sali
  2. Gol Tevez bantu kemenangan Man City
  3. Skuad Bola Sepak Wanita Negara Dibubarkan
  4. Wan Zack Haikal, Irfan Fazail & Fadhli Shas Dipinjam Kelab Slovakia
  5. Gaji Rendah Punca Pemain Piala Presiden Rasuah?

Fuh! <b>Safiq Rahim</b> Ke Eropah, Cardiff City | Fuh! Santai

Posted: 26 Aug 2011 02:42 PM PDT

Akhirnya, setelah lama gosip dan khabar-khabar yang dibawa terbang oleh dunia blogging terkini, surat tawaran rasmi dari Eropah untuk Safiq Rahim telah melayang ke depan mata Safiq Rahim, kapten skuad kebangsaan Harimau Malaya.

safiq rahim malaysiaMenurut kosmo, Safiq Rahim telah menerima surat tawaran semalam (26 Ogos 2011) dari sebuah kelab Eropah, Cardiff City untuk menjalani ujian percubaan selama 3 minggu bermula hujung oktober nanti. Beliau bakal beraksi di Liga Divisyen Dua England, Liga Kejuaraan.

"Saya sangat gembira apabila mendapat peluang keemasan seperti ini. Saya akan cuba melakukan yang terbaik sepanjang ujian percubaan itu nanti.

"Saya telah menerima surat tawaran dan dokumen berkaitan hari ini (semalam). Pada 5 September depan, saya akan mengadakan pertemuan rasmi dengan Datuk Chan Tien Ghee (Pengerusi Cardiff City).

"Insya-Allah kalau ada rezeki dan terpilih, dapatlah saya menyarung jersi Cardiff City pada musim perpindahan Januari nanti," kata Safiq ketika dihubungi Kosmo! semalam.

safiq rahim cardiff city

**Menunggu khabar dari Safee Sali pula. Moga 'aku' cukup terasa hati kerana pernah menggelar pemain malaysia sebagai monyet dahulu. Hati bagai ditusuk sembilu rasanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Safiq Rahim

Copyright 2010 All Rights Reserved