Isnin, 10 Jun 2013

Safiq Rahim - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

Safiq Rahim - Google Blog Search


Foto Anuar Zain Peluk Kekasih <b>Safiq Rahim</b> tersebar...

Posted: 15 May 2013 06:05 PM PDT

Foto mesra Anuar dan Zandra.


KUALA LUMPUR: Penyanyi Anuar Zain membuat permohonan maaf kepada pemain bola sepak kebangsaan, Safiq Rahim, sekiranya terasa hati berhubung dengan foto yang memaparkan aksi mesra berpeluk dengan kekasihnya, Zandra Aziela Ibrahim Hakimi.

Anuar atau nama sebenarnya Shahrul Anuar Zain, 43, menjelaskan bahawa aksi mesranya dengan Zandra tidak membawa sebarang maksud sebaliknya dia menganggap wanita yang juga merupakan pemain bowling negara itu sekadar teman lama.

"Saya terkejut apabila foto itu menjadi hangat diperkatakan untuk beberapa hari sedangkan saya dan Zaza (Zandra) tidak ada apa-apa hubungan pun.

"Foto itu diambil selepas kami terserempak antara satu sama lain selepas beberapa tahun tidak berjumpa, dan terus teruja untuk bergambar.


"Bagaimanapun saya memohon maaf sekiranya teman lelaki Zaza terasa dengan foto tersebut. Jujurnya, saya tidak ada niat apa-apa pun," jelasnya.

Anuar ditemui pada majlis minum petang pelancaran album Anuar dan Dayang Nurfaizah Live At Dewan Filharmonik Petronas di Life Centre di sini, Rabu.

Tambah penyanyi itu, dia berharap isu tersebut tidak akan timbul lagi kerana menyifatkan ia sengaja diperbesarkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.- dipetik dari mStar

P/s: Peluk anak dara orang seperti peluk ibu...Rosak anak-anak jika mencontohi gelagat artis sebegini...Bukankah itu haram hukumnya di sisi Islam? Kita tunggu apa respon Safiq Rahim.


0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Safiq Rahim

Copyright 2010 All Rights Reserved