Rabu, 20 Mac 2013

Safiq Rahim - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

Safiq Rahim - Google Blog Search


<b>Safiq Rahim</b> digantung perlawanan, bukan digugurkan | Sokernet

Posted: 17 Jan 2013 07:47 AM PST

Safiq Rahim - Malaysia

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) menjelaskan kapten Harimau Malaya, Safiq Rahim bukan digugurkan dari skuad kebangsaan, sebaliknya dia diketepi sementara kerana digantung satu perlawanan.

Dalam senarai 26 pemain Harimau Malaya yang dipanggil ke skaud Harimau Malaya untuk perlawanan persahabatan antarabangsa dan perlawanan kelayakan Piala Asia 2013 tidak termasuk kapten pasukan, Safiq Rahim dan telah menimbulkan tanda tanya.

Hari ini, FAM telah mengeluarkan satu kenyataan menjelaskan sebab pemain tengah itu tidak terlibat.

"Adalah dimaklumkan barisan kejurulatihan Pasukan Kebangsaan tidak menyenaraikan Safiq Rahim Ketua Pasukan Malaysia bagi perlawanan Qatar dengan Malaysia pada 6 Februari 2013 kerana berpandukan kepada undang-undang AFC.

"Ini adalah disebabkan Safiq Rahim masih digantung satu lagi Perlawanan Antarbangsa akibat menerima kad merah ketika semasa Perlawanan Kelayakan Piala Dunia menentang Singapura di Stadium Jalan Besar, pada 23 Julai 2011.

"Sehubungan dengan laporan yang disiarkan oleh salah sebuah akhbar yang menyatakan yang Safiq Rahim digugurkan adalah tidak tepat. Beliau tidak disenaraikan atas sebab-sebab teknikal," kata kenyataan itu.

Main topics: Bola Sepak Malaysia, Piala Asia

Sub topics: , , , , , , , , , ,


0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Safiq Rahim

Copyright 2010 All Rights Reserved