Jumaat, 11 Januari 2013

Safiq Rahim - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

Safiq Rahim - Google Blog Search


<b>Safiq Rahim</b>, Apek dan Safee Masih Belum Tertekan | Menulis <b>...</b>

Posted: 14 Nov 2012 05:00 AM PST


Bersama jersi baru Harimau 

SAYA rasa kami belum lagi tertekan." Itu reaksi balas kapten, Safiq Rahim mengenai aksi kurang memberangsangkan skuad Harimau Malaya yang mencetuskan kebimbangan terhadap peluang mempertahankan kejuaraan Piala AFF Suzuki hujung bulan ini.

Dua kekalahan berturut-turut pada pencabar serantau, Vietnam 1-0 dan Thailand 2-0 baru-baru ini memberi tamparan hebat buat skuad kendalian Datuk K Rajagobal yang kini dalam fasa persiapan terakhir sebelum memulakan kempen Kumpulan B menentang Singapura pada 25 November ini.

Keputusan buruk itu mengundang rasa tidak puas hati peminat tempatan serta orang kuat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Timbalan Presiden, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Tapi bagi Safiq, situasi itu tidak memberi tekanan kepada pemain kerana apa yang dilalui ketika ini sudah mereka hadapi ketika menjuarai pingat emas Sukan Sea 2009 dan Piala AFF 2010.

"Sebelum ini kami pernah lalui situasi lagi teruk. Pada 2009 dan 2010 tiada orang meletakkan harapan kepada pasukan kebangsaan tapi kami berjaya membuktikan sesuatu.


"Sebagai pemain, ini satu cabaran, kami perlu tahan dengan segala kritikan. Mental semua pemain perlu kuat, kami perlu buktikan apa saja tanggapan negatif itu tidak betul," kata pemain tengah itu yang ditemui pada majlis pelancaran jersi baru skuad kebangsaan baru-baru ini.



Begitulah ulasan di dalam Metro

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Safiq Rahim

Copyright 2010 All Rights Reserved