Rabu, 5 Disember 2012

safiq rahim - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

safiq rahim - Google Blog Search


<b>SAFIQ RAHIM</b> SAH SERTAI JOHOR MUSIM HADAPAN | Portal Sukan

Posted: 01 Nov 2012 06:03 AM PDT

KETUA PASUKAN HARIMAU MALAYA SAH SERTAI JOHOR MUSIM HADAPAN

jersi malaysia SAFIQ RAHIM SAH SERTAI JOHOR

SAFIQ RAHIM MENGAYAKAN JERSI BARU SKUAD KEBANGSAAN DI AFF SUZUKI CUP 2012

Ketua pasukan skuad bola sepak kebangsaan, Safiq Rahim mengesahkan bahawa beliau akan menyarung jersi Johor dalam saingan Liga Malaysia pada musim depan.

Menurut Safiq, hasrat beliau ke Johor mendapat restu daripada keluarga serta majikan, Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) yang membenarkannya berhijrah.

Namun, safiq telah pun menetapkan syarat sebelum menyertai Johor musim hadapan dengan menyatakan PBNJ harus melepaskannya jika ada kelab luar Asean mahu menggunakan khidmatnya.

"Saya masih menunggu kontrak saya bersama FAS yang bakal berakhir pada 30 November ini sebelum menandatangani kontrak bersama Johor.

"Saya sudah maklumkan kepada PBNJ (Persatuan Bola Sepak Negeri Johor) bahawa kontrak saya adalah 1+1 (setahun dan dilanjutkan setahun) kerana jika saya mendapat tawaran daripada kelab luar Asean pada 2014, saya akan menyertai pasukan tersebut," katanya

Safiq akan menyertai pasangan kembar Aidil Zafuan dan Zaquan Adha Abdul Razak serta Azmi Muslim dan Muslim Ahmad yang telah pun awal lagi dipancing oleh PBNJ.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Safiq Rahim

Copyright 2010 All Rights Reserved