Khamis, 13 Disember 2012

safiq rahim - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

safiq rahim - Google Blog Search


<b>Safiq Rahim</b> Janji Buat Terbaik - Piala Suzuki AFF Cup 2012 <b>...</b>

Posted: 09 Dec 2012 01:55 AM PST

Kehangatan piala suzuki aff cup 2012 makin terasa dan Safiq Rahim berjanji untuk melakukan yang terbaik pada malam piala suzuki aff 2012 ini.

Walaupun bakal kehilangan beberapa tonggak utama dalam saingan separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki menentang Thailand Kapten Harimau Malaya, Safiq Rahim  tidak memandang situasi itu satu perkara yang negatif.

Sebaliknya, beliau yakin dengan kemampuan semua pemain yang ada dan percaya kebolehan dalam diri masing-masing.

5 Pemain Hebat Alami Kecederaan Serius

Lima tonggak utama skuad kebangsaan yang mengalami kecederaan serius. Antaranya Mohd Shakir Shaari (kecederaan pangkal paha), Mohd Safee Sali (kecederaan hamstring), Wan Zack Haikal Wan Nor (koyakan teruk pada tisu otot kaki), S.Kunalan dan Mohd Khyril Muhymeen.

Kunalan dan Khyril Sudah Pulih

Bagaimanapun pasukan negara sedikit ceria apabila kelmarin, Rajagobal mengumumkan bahawa Kunalan dan Khyril telah kembali menjalani latihan bersama-sama pemain lain dan boleh diturunkan untuk piala suzuki aff 2012 malam ini. -djdanchef

Harapan Safiq Rahim Untuk Piala Suzuki AFF Cup 2012

"Harapan saya semua pemain yang diturunkan nanti boleh menunjukkan aksi terbaik dan saya juga berharap para penyokong akan memenuhi stadium untuk memberi semangat kepada pemain," katanya.


Jangan Pandang Rendah Kemampuan Bangladesh – <b>Safiq Rahim</b> <b>...</b>

Posted: 19 Nov 2012 05:10 PM PST

Safiq Rahim Tidak Pandang Rendah Keupayaan Bangladesh

PETALING JAYA – Ketua pasukan kebangsaan Safiq Rahim mengingatkan rakan sepasukan supaya tidak memandang rendah pasukan Bangladesh walaupun skuad berkenaan bukanlah kuasa bola sepak di rantau Asia.  Justeru, Safiq meminta pemain skuad Harimau Malaya memberi sepenuh komitmen apabila kedua-dua pasukan bertemu pada aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Shah Alam, malam esok.

"Kita perlu serius dan jangan memandang rendah keupayaan mana-mana pasukan. Kalau kita mempamerkan persembahan terbaik (malam esok), InsyaAllah, saya yakin kita akan dapat keputusan positif," katanya selepas dilantik sebagai duta terbaharu jenama minuman isotonik, 100Plus di Wisma FAM, di sini hari ini.

Safiq merupakan atlet kebangsaan kelima dilantik sebagai duta oleh jenama minuman di bawah syarikat F&N Beverages Marketing Sdn Bhd itu.  Sebelum ini, syarikat berkenaan melantik jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei, penerjun elit negara Pandelela Rinong dan dua pemain bola sepak kebangsaan iaitu penyerang Mohd Safee Mohd Sali dan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat.

Safiq berkata kemenangan ke atas Bangladesh yang berada pada ranking ke-171 dunia akan menjadi tonik terbaik kepada skuad Harimau Malaya sebelum turun menentang Singapura pada perlawanan pembukaan Kumpulan B Piala AFF Suzuki, 25 Nov ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Selepas bertemu Singapura, skuad negara dijadual menentang Laos pada 28 Nov sebelum menutup aksi kumpulan bertemu Indonesia pada 1 Dis. Kedua-dua perlawanan itu akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Mengenai pemilihannya selaku duta terbaharu 100Plus bagi tempoh dua tahun, Safiq yang bakal menyarung jersi Johor pada saingan Liga Super musim depan, berterima kasih kepada syarikat minuman itu dan berharap ia menjadi pembakar semangat kepadanya untuk mempamer persembahan terbaik pada Piala AFF Suzuki.

Sementara itu, Pengurus Hal Ehwal Korporat F&N Beverages Marketing Sdn Bhd , Cariessa Goh berkata syarikat itu berbangga melantik Safiq sebagai duta baharu mereka berikutan prestasi cemerlangnya dalam pasukan kebangsaan sejak beberapa tahun lepas.

"Safiq seorang atlet yang cemerlang dan mempunyai kualiti kepimpinan yang terserlah menyumbang kepada kejayaan pasukan negara dan beliau juga model contoh yang ideal bagi golongan muda Malaysia," katanya.  – BERNAMA

Related posts:

  1. Jangan Abai Program Pembangunan Pemain Muda KEMAMAN, 10 Nov – Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri...
  2. Negeri Sembilan Waspada Kemampuan Indra Putra Sepanjang kempen Piala Malaysia 2011, T-Team adalah pasukan yang paling...
  3. Selangor United Rai Hardi Jaafar Selangor United yang terkenal kerana kelainan mereka melantik pemain sebagai...
  4. Fadhli Shas Yakini Kemampuan Gandingan Baru Senarai 28 pemain Harimau Muda A yang akan menggalas tugas...
  5. Lebih Baik Kalah Perlawanan Persahabatan Daripada Perlawanan Sebenar – Rajagobal   SEPANG, 8 Nov  — Kekalahan skuad Harimau Malaya 2-0...

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Safiq Rahim

Copyright 2010 All Rights Reserved