Safiq Rahim - Google Blog Search |
| <b>Safiq Rahim</b> Sah Sarung Jersi Johor | MyNewsHub Posted: 01 Nov 2012 09:58 PM PDT PETALING JAYA – Ketua pasukan Selangor Safiq Rahim mengesahkan bahawa dia akan menyarung jersi Johor dalam saingan Liga Malaysia pada musim depan. Safiq yang juga ketua pasukan kebangsaan berkata hasrat beliau ke Johor mendapat restu daripada keluarga serta majikan, Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) yang bersetuju melepaskannya. "Saya masih menunggu kontrak saya bersama FAS yang bakal berakhir pada 30 Nov ini sebelum menandatangani kontrak bersama Johor. "Saya sudah maklumkan kepada PBNJ (Persatuan Bola Sepak Negeri Johor) bahawa kontrak saya adalah 1+1 (setahun dan dilanjutkan setahun) kerana jika saya mendapat tawaran daripada kelab luar Asean pada 2014, saya akan menyertai pasukan tersebut," katanya di sini. Selain Safiq, pasukan Johor yang dahulunya dikenali sebagai Johor FC hampir pasti mendapat khidmat tiga pemain Angkatan Tentera Malaysia (ATM) iaitu pasangan kembar Mohd Aidil Zafuan dan Mohd Zaquan Adha Abdul Razak serta Mohd Azmi Muslim serta bekas pemain Terengganu, Mohd Muslim Ahmad. Safiq yang mempunyai kepakaran menjaringkan gol melalui sepakan percuma, berkata antara faktor beliau berpindah ke Johor adalah untuk beralih angin selepas bersama Selangor sejak 2007. Dia berharap untuk merangkul Piala Malaysia bersama Johor kerana ia merupakan satu-satunya piala yang belum diraihnya sepanjang menyarung jersi Selangor. Mengenai tawaran menjalani latihan bersama sebuah kelab di Croatia baru-baru ini, Safiq berkata dia terpaksa melupakan hasrat itu kerana tarikhnya bertembung dengan persiapan skuad kebangsaan menghadapi Piala AFF Suzuki, akhir bulan ini.- BERNAMA Iklan Teks:PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri |
| You are subscribed to email updates from Safiq Rahim - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Safiq Rahim - Google Blog Search
0 ulasan:
Catat Ulasan