Safiq Rahim - Google Blog Search |
| <b>Safiq Rahim</b>: Do not underestimate Bangladesh : The Malaysian <b>...</b> Posted: 19 Nov 2012 02:41 AM PST Petaling Jaya, Nov 19 : National team skipper Safiq Rahim has reminded his team-mates to not underestimate the capability of Bangladesh although the country has not established itself as a football power in Asia. Safiq urged the players to be fully focused and committed when taking on the Bangladesh national team in an international friendly at the Shah Alam Stadium tomorrow. "We must take the match seriously and not underestimate our opponent. Our goal is to ensure a win," said Safiq who was appointed 100Plus Ambassador at Wisma FAM. Safiq becomes the fifth player after badminton ace Datuk Lee Chong Wei, diver Pandelela Rinong, footballers Mohd Safee Mohd Sali and Khairul Fahmi Che Mat to be appointed as ambassador by F&N Beverages Marketing Sdn Bhd. He added that a win against Bangladesh tomorrow would serve as a tonic for the national squad that face Singapore in their AFF Suzuki Cup Group B match at the Nasional Stadium in Bukit Jalil on Nov 25. Malaysia are also scheduled to meet Laos on Nov 28 and Indonesia on Dec 1 at the same venue. Meanwhile, F&N Beverages Marketing Sdn Bhd Corporate Affairs Manager, Cariessa Goh said the company was proud to appoint Safiq as their new ambassador following his outstanding performances when playing for the national team over the past few years. "Safiq is an outstanding athlete with exceptional leadership qualities that has contributed to the national team's success and he is also an ideal role model for young Malaysians," she added.– BERNAMA Category: Sports News |
| Jangan Pandang Rendah Kemampuan Bangladesh – <b>Safiq Rahim</b> <b>...</b> Posted: 19 Nov 2012 05:10 PM PST PETALING JAYA – Ketua pasukan kebangsaan Safiq Rahim mengingatkan rakan sepasukan supaya tidak memandang rendah pasukan Bangladesh walaupun skuad berkenaan bukanlah kuasa bola sepak di rantau Asia. Justeru, Safiq meminta pemain skuad Harimau Malaya memberi sepenuh komitmen apabila kedua-dua pasukan bertemu pada aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Shah Alam, malam esok. "Kita perlu serius dan jangan memandang rendah keupayaan mana-mana pasukan. Kalau kita mempamerkan persembahan terbaik (malam esok), InsyaAllah, saya yakin kita akan dapat keputusan positif," katanya selepas dilantik sebagai duta terbaharu jenama minuman isotonik, 100Plus di Wisma FAM, di sini hari ini. Safiq merupakan atlet kebangsaan kelima dilantik sebagai duta oleh jenama minuman di bawah syarikat F&N Beverages Marketing Sdn Bhd itu. Sebelum ini, syarikat berkenaan melantik jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei, penerjun elit negara Pandelela Rinong dan dua pemain bola sepak kebangsaan iaitu penyerang Mohd Safee Mohd Sali dan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat. Safiq berkata kemenangan ke atas Bangladesh yang berada pada ranking ke-171 dunia akan menjadi tonik terbaik kepada skuad Harimau Malaya sebelum turun menentang Singapura pada perlawanan pembukaan Kumpulan B Piala AFF Suzuki, 25 Nov ini di Stadium Nasional Bukit Jalil. Selepas bertemu Singapura, skuad negara dijadual menentang Laos pada 28 Nov sebelum menutup aksi kumpulan bertemu Indonesia pada 1 Dis. Kedua-dua perlawanan itu akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil. Mengenai pemilihannya selaku duta terbaharu 100Plus bagi tempoh dua tahun, Safiq yang bakal menyarung jersi Johor pada saingan Liga Super musim depan, berterima kasih kepada syarikat minuman itu dan berharap ia menjadi pembakar semangat kepadanya untuk mempamer persembahan terbaik pada Piala AFF Suzuki. Sementara itu, Pengurus Hal Ehwal Korporat F&N Beverages Marketing Sdn Bhd , Cariessa Goh berkata syarikat itu berbangga melantik Safiq sebagai duta baharu mereka berikutan prestasi cemerlangnya dalam pasukan kebangsaan sejak beberapa tahun lepas. "Safiq seorang atlet yang cemerlang dan mempunyai kualiti kepimpinan yang terserlah menyumbang kepada kejayaan pasukan negara dan beliau juga model contoh yang ideal bagi golongan muda Malaysia," katanya. – BERNAMA Related posts:
|
| You are subscribed to email updates from Safiq Rahim - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Safiq Rahim - Google Blog Search
0 ulasan:
Catat Ulasan