Safiq Rahim - Google Blog Search |
| Jangan Pandang Rendah Pasukan Bangladesh - <b>Safiq Rahim</b> - PjO <b>...</b> Posted: 20 Nov 2012 02:00 AM PST PETALING JAYA - Ketua pasukan kebangsaan Safiq Rahim mengingatkan rakan sepasukan supaya tidak memandang rendah pasukan Bangladesh walaupun skuad berkenaan bukanlah kuasa bola sepak di rantau Asia. Justeru, Safiq meminta pemain skuad Harimau Malaya memberi sepenuh komitmen apabila kedua-dua pasukan bertemu pada aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Shah Alam, malam esok. "Kita perlu serius dan jangan memandang rendah keupayaan mana-mana pasukan. Kalau kita mempamerkan persembahan terbaik (malam esok), InsyaAllah, saya yakin kita akan dapat keputusan positif," katanya selepas dilantik sebagai duta terbaharu jenama minuman isotonik, 100Plus di Wisma FAM, di sini Isnin. Safiq merupakan atlet kebangsaan kelima dilantik sebagai duta oleh jenama minuman di bawah syarikat F&N Beverages Marketing Sdn Bhd itu. Sebelum ini, syarikat berkenaan melantik jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei, penerjun elit negara Pandelela Rinong dan dua pemain bola sepak kebangsaan iaitu penyerang Mohd Safee Mohd Sali dan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat.- BERNAMA
|
| You are subscribed to email updates from Safiq Rahim - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Safiq Rahim - Google Blog Search
0 ulasan:
Catat Ulasan