Safiq Rahim - Google Blog Search |
| Arema Pelita mahukan <b>Safiq Rahim</b> ke Indonesian Super League <b>...</b> Posted: 24 Oct 2012 05:29 AM PDT Arema Pelita telah menawarkan kapten pasukan bola sepak kebangsaan, Safiq Rahim untuk menjalani 'trial' bersama pasukan itu, tetapi ditolak Safiq. Safiq Rahim dikatakan menolak tawaran itu kerana ingin memfokuskan dirinya bagi latihan persiapan bersama skuad kebangsaan untuk perlawanan AFF Suzuki Cup 2012. Menurut Safiq, jika Arema Pelita betul-betul berminat untuk menawarkannya tempat di dalam skuad mereka, mereka perlu tunggu sehingga tamat saingan Piala Suzuki sebelum mendapat respon positif dari dirinya. Pemain berumur 25 tahun itu kini bermain bersama Selangor FA dan kontraknya bakal tamat pada bulan November ini. Menurut laporan, terdapat beberapa kelab luar negara lain yang turut sama menawarkan minat untuk membawa Safiq Rahim bermain di Timur Tengah. Safiq Rahim sebelum ini pernah ditawarkan untuk bermain bersama Persib Bandung sebelum menolak tawaran itu untuk bermain bersama Selangor FA, dan juga pernah menjalani ujian kelayakan 'trial' bersama Cardiff City FC. Related posts:Comments:Powered by Facebook Comments |
| You are subscribed to email updates from Safiq Rahim - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Safiq Rahim - Google Blog Search
0 ulasan:
Catat Ulasan