Sabtu, 27 Oktober 2012

Safiq Rahim - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

Safiq Rahim - Google Blog Search


Arema Pelita mahukan <b>Safiq Rahim</b> ke Indonesian Super League <b>...</b>

Posted: 24 Oct 2012 05:29 AM PDT

Ditulis oleh: notakosong

Arema Pelita telah menawarkan kapten pasukan bola sepak kebangsaan, Safiq Rahim untuk menjalani 'trial' bersama pasukan itu, tetapi ditolak Safiq.

safiq rahim ke arema pelita Arema Pelita mahukan Safiq Rahim ke Indonesian Super League

Safiq Rahim dikatakan menolak tawaran itu kerana ingin memfokuskan dirinya bagi latihan persiapan bersama skuad kebangsaan untuk perlawanan AFF Suzuki Cup 2012.

Menurut Safiq, jika Arema Pelita betul-betul berminat untuk menawarkannya tempat di dalam skuad mereka, mereka perlu tunggu sehingga tamat saingan Piala Suzuki sebelum mendapat respon positif dari dirinya.

Pemain berumur 25 tahun itu kini bermain bersama Selangor FA dan kontraknya bakal tamat pada bulan November ini. Menurut laporan, terdapat beberapa kelab luar negara lain yang turut sama menawarkan minat untuk membawa Safiq Rahim bermain di Timur Tengah.

Safiq Rahim sebelum ini pernah ditawarkan untuk bermain bersama Persib Bandung sebelum menolak tawaran itu untuk bermain bersama Selangor FA, dan juga pernah menjalani ujian kelayakan 'trial' bersama Cardiff City FC.

Related posts:

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Safiq Rahim

Copyright 2010 All Rights Reserved