Jumaat, 19 Oktober 2012

Safiq Rahim - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

Safiq Rahim - Google Blog Search


Ikrar Futbol: <b>SAFIQ RAHIM</b> KE AREMA? #kakibola

Posted: 16 Oct 2012 07:59 PM PDT

Kapten Selangor dan juga pasukan kebangsaan, Safiq Rahim dikhabarkan tidak akan bersama pasukannya Selangor di musim hadapan. Ini berdasarkan kenyataan yang diungkapkannya selepas Selangor gagal mencapai "Misi 33" bersama Selangor iaitu menjulang Piala Malaysia kali-33 selepas tewas kepada Kelantan di peringkat separuh akhir.
Safiq Rahim berkata: "Untuk pemain-pemain Selangor pada tahun depan, saya berharap mereka dapat menyempurnakan 'Misi 33' untuk pasukan Selangor,"
Ini memberi petanda jelas bahawa Selangor akan kehilangan Safiq Rahim musim hadapan. Tetapi kemana? Menurut laporan akhbar baru-baru ini, Safiq Rahim ada menyatakan bahawa beliau menerima tawaran untuk diuji bersama kelab dari Croatia, Emiriyah Arab Bersatu dan Bosnia.

Namun, apa yang lebih menarik ialah kemungkinan untuk Safiq Rahim bermain di Indonesia bersama Safee Sali di kelab Arema Indonesia adalah lebih besar. Ini berdasarkan kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh pengurus Safee Sali dan pengarah kelab Arema Indonesia.

Kenyataan Pengurus Safee Sali, Zakaria Rahim (Utusan):
"Menurutnya, pemain Pelita Jaya itu hanya menunggu masa untuk menandatangani kontrak bersama kelab yang berpangkalan di Jawa Timur itu.
Tambah menarik, pemergian Safee ke Arema Malang dijangka akan diiringi oleh seorang lagi pemain kebangsaan, yang merupakan rakan sepasukannya di Selangor sebelum ini.
Kenyataan Pengarah Kelab Arema Indonesia, Ruddy Widodo mengenai Safiq Rahim (sumber):
"Ditanya lebih jauh, apakah Safiq berstatus sebagai pemain seleksi saat datang ke Arema, Ruddy menegaskan dengan berstatus sebagai pemain Timnas, Safiq Rahim tak perlu melakoni seleksi untuk bisa masuk ke Arema-Pelita. "Enggak pakai seleksi, istilah pantau satu-dua hari," katanya.

Ruddy menambahkan rencananya pemain bernomer punggung 8 di Timnas Malaysia itu akan datang ke Malang sekitar tanggal 20-21 Oktober mendatang. "Rencananya 20-21 Oktober datang, dan akan dipantau oleh coach RD," terangnya."

Jelas sekarang arah tuju Safiq Rahim iaitu akan bersama Safee Sali berhijrah ke pasukan Arema Indonesia untuk saingan Indonesian Super League musim hadapan.

Ke mana pun langkahnya, kami doakan agar Safiq Rahim dapat bermain dengan baik dan dapat menyumbang yang terbaik buat pasukan negara.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Safiq Rahim

Copyright 2010 All Rights Reserved