Khamis, 11 Oktober 2012

safiq rahim - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

safiq rahim - Google Blog Search


Johor Pancing <b>Safiq Rahim</b> | sukanmalaya.MY - Media Sukan dan <b>...</b>

Posted: 05 Oct 2012 06:42 AM PDT

Safiq Rahim 10 mengasak pemain Korea.

Skuad Johor berhasrat memikat kapten pasukan Selangor, Safiq Rahim untuk menyarung jersi pasukan itu dalam Liga Malaysia musim depan.

Pengurus pasukan, Fandi Ahmad berkata, Safiq yang juga kapten pasukan kebangsaan merupakan antara pemain terbaik di negara ini dan pasukan Johor amat berbesar hati sekiranya pemuda berusia 25 tahun itu ingin menabur bakti di negeri itu.

Fandi turut menyifatkan Safiq seorang pemain yang bijak serta mempunyai kepimpinan yang baik sebagai seorang ketua.

"Kehadiran Safiq dalam sesuatu pasukan bakal memberi perbezaan memandangkan sumbangan pemain itu dalam pasukan yang disertainya sekarang amat bagus.

"Bagaimanapun, Safiq masih terikat dengan pasukan Selangor dan sedang sibuk membuat persiapan untuk peringkat separuh akhir Piala Malaysia," katanya kepada Utusan Malaysia sebelum perlawanan persahabatan antara skuad Johor menentang pasukan kelab peminat Jengking dekat Dataran Bandaraya, semalam.

Fandi berkata, selepas berakhir kempen Piala Malaysia, pihaknya bercadang mahu mengadakan perbincangan dengan pemain berkenaan.

Dalam pada itu, Fandi menjelaskan, skuad Jengking telah melakukan rombakan pemain secara besar-besaran dan hanya mengekalkan lapan pemain termasuk dua pemain import, Muriel Orlando dari Argentina dan Andrezinho dari Brazil bagi musim depan.

"Selain Safiq dan lapan pemain berkenaan, Skuad Johor turut berminat untuk membuat tawaran kepada dua pemain kebangsaan yang dilihat berdaya saing dan mampu memberikan sumbangan positif kepada pasukan.

"Secara keseluruhan, sebanyak 13 kontrak telah ditawarkan termasuk kepada beberapa pemain daripada pasukan Liga Perdana iaitu USM FC dan Sime Darby FC," ujarnya.

Namun, Fandi enggan mendedahkan pemain yang dimaksudkannya, sebaliknya senarai itu akan diumumkan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Safiq Rahim

Copyright 2010 All Rights Reserved