Safiq Rahim - Google Blog Search |
| Apex, <b>Safiq Rahim</b> Tonton Euro 2012 Bersama Peminat Posted: 18 Jun 2012 05:00 AM PDT berita | Tempatan Jangan Tak Lihat KUALA LUMPUR, 18 JUN 2012: Selepas Datuk Lee Chong Wei menjadi duta Maxis, pemain bola sepak kebangsaan iaitu Safiq Rahim dan penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apex pula telah dilantik sebagai duta baru syarikat telekomunikasi berkenaan. Bersempena perlantikan tersebut, kedua-dua figura popular itu mengajak peminat setianya untuk menonton perlawanan Euro 2012 bersama di beberapa lokasi terpilih. Difahamkan, Apex dan Safiq bakal berada di Kota Damansara untuk meluangkan masa bersama peminat bagi menyaksikan perlawanan akhir Euro 2012 pada 2 Julai ini. Tambah menarik lagi, peminat juga berpeluang untuk menyertai permainan online, Maxis Football Guru di mana Apex dan Safiq akan bermain bersama peminat. Dengan hanya melusuri laman Facebook Maxis, anda boleh menyertai permainan ini sekaligus berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik termasuklah sesi beramah mesra bersama kedua-dua pemain popular ini. Dalam pada itu, anda juga boleh mengenali secara dekat dengan Apex dan Safiq yang telah berkongsi pengalaman manis sepanjang bergelar atlet negara dalam kempen ini. |
| You are subscribed to email updates from Safiq Rahim - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Safiq Rahim - Google Blog Search
0 ulasan:
Catat Ulasan