Rabu, 8 Februari 2012

Safiq Rahim - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

Safiq Rahim - Google Blog Search


Safee Sali dan <b>Safiq Rahim</b> Berputih Mata ~ Blog Razis

Posted: 17 Jan 2012 10:05 PM PST

Salam 1Malaysia.

Impian Safee Sali dan Safiq Rahim untuk menjadi pemain Malaysia pertama bermain untuk kelab Inggeris tidak menjadi kenyataan kerana kelab Cardiff City bakal mementingkan pemain usia muda untuk diserap ke kelab itu.


Usia yang semakin meningkat antara faktor kelab Cardiff City tidak memilih Safee dan Safiq dalam program 1Malaysia Cardiff City (1MCC). Program usahasama Cardiff City dengan FAM untk meningkatkan mutu bola sepak tempatan.

Menurut petikan akhbar Berita Harian Online,

"Bukan mereka (Safee dan Safiq) saja pemain berbakat yang kita ada tapi kita masih ada ramai pemain muda berbakat antaranya Khairul Fahmi Che Mat dan Muhammad Fadhli Shas yang turut terpilih dalam kesebelasan utama skuad bawah 23 tahun terbaik di Asia.

"Kita perlu memberi lebih ruang kepada pemain muda berbakat yang kita ada dengan corak permainan berkualiti tinggi seperti yang diperoleh Safee dan Safiq," kata pengurus skuad kebangsaan, Datuk Seri Subahan Kamal di Majlis Pelancaran Logo 1 Malaysia Cardiff City (1MCC) di Bukit Kiara Equestrian, semalam.



Nampak gayanya Safee Sali perlu terus berusaha sendiri untuk memikat kelab Eropah dan begitu juga Safiq Rahim. Usaha dengan bermain sehabis baik untuk kelab dan negara.

Pasti akan ada pasukan Eropah berminat dengan anda berdua jika mutu persembahan menakjubkan. Safee contohnya telah berjaya menarik minat kelab Eropah. Jadi, usaha sendiri dan peluang pasti menanti anda. Tak perlu harap FAM atau pihak lain.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Safiq Rahim

Copyright 2010 All Rights Reserved