Khamis, 5 Januari 2012

Safiq Rahim - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

Safiq Rahim - Google Blog Search


Khasiat Lidah Buaya™: Berita <b>Safiq Rahim</b> di Cardiff City

Posted: 28 Nov 2011 10:49 AM PST

Gambar Safiq Rahim ke Cardiff City
(Gambar) Safiq Rahim ketika dilapangan terbang sebelum berlepas Cardiff City untuk mejalani ujian percubaan disana.

Pemain tengah Malaysia, Safiq Rahim dilaporkan bersaing dengan bintang muda Slovakia, Ivan Stulajter sepanjang menjalani latihan selama tiga minggu bersama kelab Cardiff City.

Menurut laporan akhbar Britain, Daily Mail, kedua-dua pemain telah mula menjalani latihan bersama kesemua barisan utama The Bluebirds di bawah kendalian jurulatih, Malky Mackay.

"Kedua-dua pemain tersebut yang beraksi di posisi tengah menjalani ujian pemilihan tersebut bagi tempoh tiga minggu," kata laporan portal berita itu.

Safiq Rahim, 24, telah berlepas ke bumi England dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada malam Rabu lepas.

Stulajter, 18, yang beraksi bersama kelab SK Sigma Olomouc pula merupakan pemain skuad Bawah 18 tahun Slovakia.

Safiq Rahim merupakan pemain kedua Malaysia yang mencuba nasib bersama Cardiff selepas bekas rakan sepasukannya di Selangor, Mohd. Safee Sali turut menjalani latihan yang sama awal September lalu.

Begitupun, peluang Safiq Rahim menyarung jersi The Bluebirds dikhabarkan lebih cerah berbanding Safee, lantaran usianya yang masih muda.

Disebabkan itu, Safiq Rahim tidak berdepan kesukaran sekiranya terpaksa beraksi untuk sekurang-kurangnya selama setahun di kelab lain sebagai antara syarat mendapatkan permit kerja bagi beraksi di kelab England.

Apa yang pasti, kehadiran Safiq menimba ilmu di kelab yang berpangkalan di Wales itu bukan sahaja mengujakan peminat bola sepak tempatan, tetapi juga peminat Cardiff sendiri.

Tinjauan Akhbar Kosmo! di laman Cardiff City Online mendapati sebahagian besar peminat kelab itu ternanti-nantikan kehadiran Safiq Rahim terutama kehebatannya menjaringkan gol menerusi sepakan percuma ketika menentang Liverpool pada aksi persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Julai lalu.

Antara komen peminat Cardiff di dalam portal tersebut termasuklah: "Satu pelaburan yang berbaloi jika dia (Safiq Rahim ) mampu menjaringkan gol menentang lawan yang hebat seperti Liverpool."

Terdapat juga komen peminat Cardiff yang berbunyi: "Satu sepakan percuma yang menarik, namun pada masa sama adakah dia (Safiq Rahim) sesuai beraksi bersama Cardiff kerana jurang tahap permainan bola sepak antara kedua-dua negara sememangnya cukup ketara."

Dalam pada itu, pemilik Cardiff, Datuk Chan Tien Ghee dalam kenyataannya berkata, Safiq Rahim turut berpeluang berlatih bersama pasukan utama Cardiff sepanjang tiga minggu berada di sana.

"Saya percaya Safiq akan memberikan yang terbaik sepanjang mengikuti latihan itu nanti, selain akan dipantau Mackay secara peribadi bagi menilai kemampuannya," katanya.-Kosmo

*Update Gambar Safiq Rahim di Cardiff City
*Update Video Latihan Safiq Rahim Di Cardiff City

Full content generated by Get Full RSS.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Safiq Rahim

Copyright 2010 All Rights Reserved