safiq rahim - Google Blog Search |
| TV3 Stesyen TV Portal Pertama - Cardiff City Uji <b>Safiq Rahim</b>. Posted: 27 Aug 2011 05:55 AM PDT 27/08/2011 20:55:00 Berita Kelab Wales, Cardiff City milik usahawan Malaysia Datuk Chan Tien Ghee yang berminat untuk menguji Safiq Rahim dijangka memberi hala tuju baru karier kapten kebangsaan itu. Nampaknya bakat Safiq bukan saja diperhatikan kelab Indonesia tetapi kini menjangkau ke Eropah. Safiq akan menjalani ujian pemilihan selama dua minggu bersama Cardiff City sebaik tamat kempen Piala Malaysia Oktober depan. Tawaran disampaikan sendiri Datuk Chan Tian Ghee namun Safiq turut menerima surat bertarikh 26 Ogos dari Ketua Pegawai Eksekutif Cardiff City, Gethin Jenkins yang memintanya segera hadir untuk ujian pemilihan. Begitupun Safiq diberi pilihan kerana komitmen pemain berusia 24 tahun itu bersama Selangor bagi kempen Piala Malaysia. SAFIQ RAHIM Apatah lagi Cardiff City beraksi di liga kejuaraan yang tidak memerlukan peraturan ketat pemain import seperti Liga Perdana Inggeris. Selain Cardiff City, Safiq juga dikatakan antara tiga pemain dicadang pemilik Kelab Queens Park Rangers, QPR, Tony Fernandes untuk diuji di Loftus Road. SAFIQ RAHIM DATUK HAMIDIN MOHD AMIN / PENGURUS SELANGOR. Apa yang diharapkan ujian buat pemain Malaysia sama ada di Cardiff mahupun QPR bukan sekadar memenuhi kehendak pemilik mereka yang berasal dari Malaysia. Tetapi benar-benar mahu menilai bakat yang ada pada pemain untuk diketengahkan. |
| You are subscribed to email updates from safiq rahim - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

safiq rahim - Google Blog Search
0 ulasan:
Catat Ulasan